Follower

01 Februari 2014

Jom ketahui jenis kulit muka anda :)

Kebanyakkan wanita nak tampil dengan kulit cantik dan sihat kan. Sebab tulah Shaklee ada Vitamin untuk kuilit tak kesah lah bermasalah ke tak bermasalah ke semua boleh ambil this supplement. Tampil cantik segar dengan kulit yang berseri merupakan dambaan setiap orang terutamanya kaum wanita. So start lah berbagai usaha dilakukan untuk tampil cantik dengan kulit yang sihat bersinar. kan kan kan? :p
FYI, pemeliharaan kulit memerlukan perhatian yang khusus kerana kulit terutamanya kulit muka merupakan organ yang sensitif terhadap sentuhan dan rangsangan.  Setiap individu mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza, yang dipengaruhi oleh kadar air dan produksi minyak dalam kulit, kecepatan pergantian sel-sel lapisan utama dan faktor persekitaran. Jenis kulit wajah yang boleh dibezakan kepada lima jenis, iaitu :

1. KULIT BERMINYAK
- kulit berminyak dikenali dengan penghasilan minyak berlebihan pada kulit muka, wajah akan kelihatan berkilat dan pori-pori kelihatan besar dan terbuka. jenis kulit berminyak sering terkena masalah jerawat.  Oleh itu, wanita yang mempunyai kulit berminyak perlu membersihakn wajah selalu.
2. KULIT NORMAL
- kulit normal merupakan idaman setiap wanita kerana wajah akan kelihatan cerah dan sihat serta jarang mengalami masalah. kelembapan pada kulit normal mencukupi dan keadaan kulit tidak kering. namun begitu, pada keadaan tertentu, kulit normal  cenderung berminyak atau kulit normal cenderung kering.
3. KULIT KERING
- kulit kering kurang menghasilkan minyak sehingga kulit terasa kering, sering bersisik terutamanya pada musim kemarau, cepat menjadi merah apabila terkena sinaran matahari dan pori-pori kecil atau hampir tidak kelihatan. kulit kering lebih cepat berkedut dan menjadi kerepot
4. KULIT KOMBINASI
- kulit kombinasi mempunyai kulit berminyak pada bahagian tertentu seperti di sekitar dahi, hidung, dan dagu tetapi pada bahagian lain mempunyai kulit yang kering misalnya di pipi dan sekitar mata
5. KULIT SENSITIF
- tidak ramai wanita yang benar-benar mempunyai kulit yang sensitif. sebenarnya kita sendiri yang merasakan kulit kita sensitif. kulit sensitif boleh didefinisikan sebagai kulit yang tipis, mudah luka dan adakalanya bewarna kemerah-merahan. kulit sensitif muda mengalami keradangan akibat penggunaan produk yang tidak sesuai. Pemakanan yang salah atau persekitaran yang tidak bersih boleh menyebabkan masalah kulit.


0 ulasan:

Catat Ulasan